Lelaki itu mahu tahu hidup yang bagaimana yang aku mahu
Hidup yang tanpa noktah (.)
Cuma ada comma (,) colon (:) dan semi-colon (;)
Kalau perlu pun ada titik biarlah ia titik-titik yang berterusan (........), tanda nanti ada cerita sambun
Lelaki itu mahu tahu sampai bila aku mahu hidup yang sebegitu
Sampai noktah hilang makna
Sampai perkataan ‘tamat’ tidak lagi ada
Lelaki itu mahukan aku.............................(bersambung)
;)
0 comments:
Post a Comment